Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MAJLIS PELANCARAN PROJEK HALAMAN KU KEBUN KU

JUMAAT - 11 DISEMBER 2009 : Bahagian Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan satu projek yang di beri nama ‘HALAMAN KU KEBUN KU’ Projek Perekonomian Berasaskan Pertanian – Penanaman Mangga, iaitu sebagai menyahut saranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menuju kearah wawasan ‘Satu Kampung Satu Produk’.

Projek ini telah dilancarkan perasmiannya oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Laporan oleh : Setiausaha MPK
Gambar oleh : Mohd Junidi HA


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang di pimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir, Imam Surau Polis Diraja Brunei, Gadong.

Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dimajlis pelancaran ini ialah Yang mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awg Mohd Jamil Al-Sufri, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Awg Haji Haris bin Haji Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Omar, Pegawai Pertanian Kanan.

Antara jemputan khas terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dibawah Mukim Gadong 'A' dan peserta-peserta projek.

Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Bahagian Ekonomi MPK selaku Pengerusi Bersama Majlis Pelancaran sedang memberikan ucapan alu-aluannya.

Sebahagian daripada peserta projek.

Yang Mulia Tetamu Kehormat memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran projek.

Tetamu Kehormat berkesudian menyampaikan benih-benih pokok mangga kepada para peserta projek.









Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba merangkap Pengerusi MPK sedang menyampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat.


Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan meneriama cenderamata sebagai penghargaan dari MPK diatas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan kearah menjayakan perlaksanaan Projek Halaman Ku Kebun Ku.

Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan menyerahkan sumbangan berupa Buku Panduan Buah-Buahan Brunei Darussalam untuk diagih-agihkan kepada peserta projek.

Sebagai tanda perasmian pelancaran Projek HALAMAN KU KEBUN KU Yang Mulia Tetamu Kehormat menanam sepohon pokok mangga jenis Chokanan.







Sebelum berangkat balik Yang Mulia Tetamu Kehormat menyaksikan pameran mengenai aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Kampung.


Yang Mulia Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli MPK dan ahli jawatankuasa majlis pelancaran.

Yang Mulia Tetamu Kehormat bersalaman dengan para hadirin sebelum berangkat balik.

Yang Mulia Ketua Kampung bergambar ramai bersama sebahagian peserta projek.

Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • PERTANDINGAN HADRAH SENEGARA
  • PENGHAKIMAN ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG PERINGKAT K...
  • PERSEDIAAN KEARAH SATU KAMPUNG SATU PRODUK
  • MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
  • MPK TEMPAT KETIGA PERADUAN BERCUCUL DAN PINTU GERBANG
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEMENANJUNG MALAYSIA
  • LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
  • MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM GADONG 'A'
  • SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT
  • TAKBIR KERUMAH-RUMAH


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011