Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





WALKATON HIJRAH 1431

SABTU – 19 Disember 2009 : Bahagian Agama dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Sosial Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Mukim Gadong ‘A’ telah mengadakan acara walkaton hijrah sempena sambutan awal tahun hijrah 1431. Acara bemula dan berakhir di Simpang 5-6 Jalan 39 Perumahan Negara Kampung Rimba.

Hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba selaku Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2. Hadir pada acara itu juga ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong ‘A’.

Acara yang bermula pada pukul 7.00 pagi tersebut di mulakan dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama MPK. Setelah itu di ikuti dengan senaman memanaskan badan yang di ketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah, Pengerusi Bahagian Keselamatan & Kesihatan MPK.

Laporan oleh : Setiausaha MPK.
Gambar oleh : Mohd Junidi HA



























Kembali Keatas


MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1431 DAN MERAIKAN KEPULANGAN JEMAAH HAJI

KHAMIS - 17 Disember 2009 : Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan majlis sambutan awal tahun hijrah 1431 dan diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji dari kampung tersebut. Majlis ini adalah salah satu projek tahunan Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung.

Majlis pada malam tersebut telah di serikan dengan ceramah mengenai iktibar dan pengajaran yang terkandung didalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekkah ke Kota Madinah Al-Munawwarah. Dikir Asraqal disampaikan oleh belia-belia dikampung bagi meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji.

Majlis diadakan dirumah Pg Hj Ismail bin Pg Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 9.

Laporan oleh : Setiausaha MPK.
Gambar oleh : Mohd Junidi HA

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha @ Mohamad, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba iaitu Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.




Persembahan bacaan Al-Quran dibacakan oleh Yang Mulia Awg Haji Zidi bin Haji Wasli

Ceramah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim,
Pegawai Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.


Dikir Ashraqol disampaikan oleh Kumpulan Dikir Ar-Razak dari
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.



Sebahagian jemaah haji yang diraikan.











Pengerusi majlis, Yang Mulia Awg Abdul Rahim bin Haji Abdul Latif menyampaikan cenreramata kepada tetamu kehormat, penceramah undangan dan Yang Mulia Awg Haji Zidi.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia
Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama
Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2
Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba
Mukim Gadong 'A'
Negara Brunei Darussalam.

Kembali Keatas


MAJLIS PELANCARAN PROJEK HALAMAN KU KEBUN KU

JUMAAT - 11 DISEMBER 2009 : Bahagian Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan satu projek yang di beri nama ‘HALAMAN KU KEBUN KU’ Projek Perekonomian Berasaskan Pertanian – Penanaman Mangga, iaitu sebagai menyahut saranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menuju kearah wawasan ‘Satu Kampung Satu Produk’.

Projek ini telah dilancarkan perasmiannya oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Laporan oleh : Setiausaha MPK
Gambar oleh : Mohd Junidi HA


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang di pimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir, Imam Surau Polis Diraja Brunei, Gadong.

Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dimajlis pelancaran ini ialah Yang mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awg Mohd Jamil Al-Sufri, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Awg Haji Haris bin Haji Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Omar, Pegawai Pertanian Kanan.

Antara jemputan khas terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dibawah Mukim Gadong 'A' dan peserta-peserta projek.

Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Bahagian Ekonomi MPK selaku Pengerusi Bersama Majlis Pelancaran sedang memberikan ucapan alu-aluannya.

Sebahagian daripada peserta projek.

Yang Mulia Tetamu Kehormat memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran projek.

Tetamu Kehormat berkesudian menyampaikan benih-benih pokok mangga kepada para peserta projek.









Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba merangkap Pengerusi MPK sedang menyampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat.


Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan meneriama cenderamata sebagai penghargaan dari MPK diatas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan kearah menjayakan perlaksanaan Projek Halaman Ku Kebun Ku.

Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan menyerahkan sumbangan berupa Buku Panduan Buah-Buahan Brunei Darussalam untuk diagih-agihkan kepada peserta projek.

Sebagai tanda perasmian pelancaran Projek HALAMAN KU KEBUN KU Yang Mulia Tetamu Kehormat menanam sepohon pokok mangga jenis Chokanan.







Sebelum berangkat balik Yang Mulia Tetamu Kehormat menyaksikan pameran mengenai aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Kampung.


Yang Mulia Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli MPK dan ahli jawatankuasa majlis pelancaran.

Yang Mulia Tetamu Kehormat bersalaman dengan para hadirin sebelum berangkat balik.

Yang Mulia Ketua Kampung bergambar ramai bersama sebahagian peserta projek.

Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011