Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





HARI KETIGA KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

ISNIN - 21 Mac 2011 : Dihari ketiga kursus semua peserta menjalani ujian bertulis dan amali. Sebelum itu doa memulakan pelajaran disampaikan oleh Awg Muhammad Idham Safwan bin Haji Muhamad Tahir.









Peserta sedang mengulangkaji pelajaraan amali.


Mendengar nasihat dari Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Ketua Bahagian Perkembangan dan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kesihatan.


Bergambar ramai bersama para pengajar kursus.
Kembali Keatas


HARI KEDUA KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

Dihari kedua kursus para peserta diajarkan cara-cara membalut luka dan anggota yang cedera. Selain dari itu mereka juga diajar cara-cara mengangkat mangsa yang cedera.

Tenaga pengajar terdiri dari:

Yang Mulia Awg Erzam bin Hassan
Yang Mulia Awg Norzalfi bin Haji Abd Wahab
Yang Mulia Awg Abdul Salim bin Haji Mohammad Zin
Yang Mulia Awg Mohamad Fikri bin Haji Duraman
Yang Mulia Dyg Chiang Mei Mei
Yang Mulia Dyg Sara Siliang



Sebelum kursus dimulakan doa memulakan pelajaran dibacakan oleh Ak Mohamad Hafiz bin Pg Abdul Halim.






































Kembali Keatas


KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

SABTU-19 Mac 2011 : Sebagai salah satu aktiviti yang telah disusun bagi tahun 2011, Bahagian Belia dan Remaja, Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan Kursus Pertolongan Cemas dengan kerjasama Pusat Resussitasi Kebangsaan, Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kesihatan. Selain dari mengisi masa lapang dimusim cuti penggel pertama persekolahan, kursus ini juga akan membantu mencorak dan membentuk belia dan remaja agar menjadi bertanggungjawab, berdisiplin, berpengetahuan dan berani apabila menghadapi saat-saat kecemasan. Kursus ini adalah sebahagian dari perlaksanaan Projek B.A.N.T.U (Belia Aset Negara dan Tunggak Negara) Majlis Perundingan Kampung.

Seramai 20 orang belia dari kampung ini telah mendaftar untuk menyertai kursus ini. Kursus ini akan diteruskan lagi dimusim cuti akan datang. Kursus ini diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Mac 2011.



Hadir melancar kursus ini ialah Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba. Turut hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Haji Malai Abdullah bin Malai Haji Othman, Setiausaha Komiti Resussitasi Kebangsaan, Yang Mulia Awg Erzam bin Hassan, Jururawat siapa yang juga selaku pengendali kursus, ahli-ahli Pusat Resussitasi Kebangsaan, Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK dan Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Baki, Bendahari MPK.


Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh salah seorang peserta iaitu Awg Abdul Wafiy bin Haji Abdul Rahman.



Seterusnya Yang Mulia Ketua Kampung memberikan ucapan dan seterusnya melancarkan kursus.

Turut memberi kata-kata nasihat kepada peserta kursus ialah Yang Mulia Haji Malai Abdullah bin Malai Haji Othman.


Yang Mulia Awg Erzam sedang memberi taklimat.




Peserta kursus sedang menjalani sesi amali resussitasi (CPR) secara berkumpulan.










Sesi ujian bertulis.


Sesi ujian amali.



Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011