Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN

Sebagai menyahut hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara zikir, Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah melaksanakan program bertadarus diluar bulan Ramadan. Format program ialah dengan membaca ayat-ayat suci al quran secara bergilir-gilir dengan diteliti bacaan oleh mereka yang mahir dalam pembacaan al quran.

Program tadarus diluar bulan Ramadan ini telah mendapat sambutan dari penduduk kampung terutama yang baru hendak berjinak-jinak mempelajari membaca al quran dan mereka yang ingin melancarkan dan memperbaiki bacaan mereka. Selain dari itu para pembaca tidak akan merasa malu atau segan dan dalam masa yang sama akan dapat membiasakan dan memberanikan diri mereka untuk membaca al quran dikhalayak ramai.

Seperti yang dimaklumi bahawa al quran adalah mukjizat dan pembawa berkat dan rahmat. Maka atas kesedaran ingin untuk mendapatkan keberkatan maka ada diantara penduduk-penduduk kampung berkesudian secara bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah pada program bertadarus ini.

Laporan & gambar oleh: Setiausaha MPK








Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M
  • TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN ZON 5 - R...
  • TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN BAGI ZON 6
  • TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN ZON 4


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011