Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





PENGHAKIMAN ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

ISNIN - 23 NOVEMBER 2009 : Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba adalah salah sebuah dari lima buah kampung di Daerah Brunei Muara, yang telah berjaya terpilih dalam penghakiman Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Sebanyak 15 buah kampung telah terpilih untuk menyertai Anugerah Kampung Cemerlang bagi peringkat kebangsaan.

Panel hakim di ketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Mawardi bin Haji Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.










Laporan oleh : Setiausaha MPK
Gambar oleh : Muhd Junidi HA




Kembali Keatas


PERSEDIAAN KEARAH SATU KAMPUNG SATU PRODUK

JUMAAT – 13 NOVEMBER 2009 : Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan sesi taklimat teknologi pertanian kepada peserta-peserta yang menyertai Projek “Halaman Ku Kebun Ku”. Projek Halaman Ku Kebun Ku ini adalah insiatif Majlis Perundingan Kampung untuk menuju wawasan Satu Kampung Satu Produk yang telah disarankan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Projek Halaman Ku Kebun Ku adalah projek yang berasaskan pertanian iaitu penanaman mangga. Taklimat yang di adakan hari ini adalah untuk mempastikan projek ini berjaya dan dapat di jalankan dengan sempurna dan akhirnya nanti akan dapat menjana ekonomi penduduk-penduduk kampung dan Majlis Perundingan Kampung dengan hasil yang bermutu tinggi.

Para peserta projek di beri taklimat mengenai teknologi penanaman, penyakit tumbuhan, pemangkasan dan penggunaan baja dan racun. Taklimat di sampaikan dengan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian.


Sesi taklimat telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.



Untuk memberkati sesi taklimat surah Al-Fatihah dan doa selamat di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.



Taklimat teknologi pertanian di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Abu Bakar bin Haji Mat Yassin, Penolong Pegawai Pertanian.





Yang Mulia Awg Anapah bin Haji Bangkol salah seorang pegawai pertanian menyampaikan taklimat beliau mengenai persedian dan cara menyediakan campuran tanah dan baja.



Di akhir sesi taklimat salah seorang peserta projek mengemukakan beberapa pertanyaan.



Yang Mulia Awg Haji Kamis bin Haji Awg Besar, Penolong Pegawai Pertanian memberi penerangan dan tunjuk-cara membuat lobang dan menyampur baja dengan tanah sebelum menanam benih buah mangga.










Salah seorang pegawai pertanian menunjukkan cara-cara pemangkasan pokok mangga.




Cara-cara membaja.


Benih mangga yang akan di berikan secara percuma kepada para peserta projek HALAMAN KU KEBUN KU Fasa 1.

Laporan oleh : Setiausaha MPK

Gambar oleh : Awg Mohd Junidi HB & Setiausaha MPK

Kembali Keatas


MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG

SELASA - 10 November 2009 : Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, telah mengadakan mesyuarat bagi mendengar laporan dari tiap-tiap bahagian P.E.R.K.A.S.A. Mesyuarat di pengerusi oleh YM Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Kampung. Mesyuarat di adakan di rumah Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK.

Mesyuarat bermula jam 8.34 malam di dahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa di ketuai oleh YM Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah meneliti aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di sepanjang tahun 2009 dan seterusnya mencadangkan aktiviti-aktiviti atau projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010.






Kembali Keatas


MPK TEMPAT KETIGA PERADUAN BERCUCUL DAN PINTU GERBANG

SABTU - 7 NOVEMBER 2009 : Penyampaian hadiah bagi peraduan bercucul dan pintu gerdang sempena perayaan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke 62 tahun, telah diadakan pada hari ini. Penyertaan Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba berjaya mendapat tempat ketiga bagi kotegeri Mukim dan Kampung. Sementara itu pemenang pertama bagi kotegeri Mukim dan Kampung disandang oleh penyertaan dari Taman Idaman Sejati, Simpang 54 Jalan 24 Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.





Yang Mulia Awg Haji Sulaiman bin Misir mewakili Taman Idaman Sejati Simpang 54 Jalan 24
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara sedang menerima Tropi Pemenang Pertama dan Sijil Penyertaan dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Eletrik.
Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011