Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEPULANGAN JEMAAH HAJI

Isnin - 24 Muharam 1433 bersamaan 19 Disember 2011: Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1433 dan diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah haji. Majlis diadakan dirumah Ketua Kampung Awang Mohamad bin Haji Kabon.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Awang Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama merangkap Penasihat kepada Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan isteri, Penasihat II Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' dan Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A'.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Fadilah bin Haji Mus, Pengerusi Bahagian Agama Jawatankuasa Kecil Zon 5 -Rimba Impian. Setelah itu Kumpulan Dikir Kawasan 2 RPN Kampung Rimba mempersembahkan Asma ul Husna yang diketuai oleh Awang Haji Masli bin Haji Kahar.

Majlis diserikan dengan satu ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah Yang Mulia Ustaz Awang Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohammad Ali.

Kumpulan Dikir Kawasan 2 RPN Kampung Rimba menyampaikan dikir Asyraqal, khas bagi meraikan penduduk-penduduk kampung yang telah selesai menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Tetamu kehormat telah berkesudian menabur bunga rampai dengan di ikuti oleh jemputan khas yang lain.

Untuk memberkati majlis doa kesyukuran dan doa selamat telah disampaikan oleh Ustaz Awang Haji Fadilah bin Haji Mus.

Laporan oleh: Setiausaha MPK
Gambar oleh: Awg Muhd Junidi HA




































Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M
  • TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN ZON 5 - R...


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011