Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





PERSIAPAN MENJELANG PERAYAAN

Pada tahun ini sekali lagi Bahagian Sukan dan Sosial Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba menyertai peraduan bercucul dan pintu gerbang sempena sambutan hari ulang tahun keputeraan ke 63 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

Persiapan telah pun dibuat awal-awal lagi dimana berkat kerjasama dan gotong-royong dari ahli-ahli jawatankuasa MPK dan penduduk-penduduk kampung maka terbinalah sebuah gerbang yang indah dengan pengertiannya yang tersendiri.



Rekabentuk gerbang yang akan dibuat.



Cuba.. try.... dulu.....
Menyediakan tapak asas gerbang disaksikan oleh Pengerusi Sukan dan Sosial MPK.




Peringkat pertama gerbang.






Aksi Pengerusi Sukan dan Sosial MPK setiap tahun......





Demi kampung ku.... aku rela bekerja dalam kesempitan........


Ketua Kampung Awg Mohamad bin Haji Kabon juga turun padang menyertai penduduk-penduduk kampung membina gerbang....



Ooi.... orang dibawah lurus sudah kah ni......?







Pengerusi Sukan dan Sosial menunjukkan kemahirannya mencat.....









Hasil rekabentuk gerbang yang telah siap dibina oleh Bahagian Sukan dan Sosial Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba begitu indah dan menarik.


Sebuah lagi binaan bercucul yang dihasilkan oleh penduduk-penduduk Simpang 54 Jalan 24 RPN Kampung Rimba.

Kembali Keatas


MAJLIS PELANCARAN PROJEK P.A.D.A.M DAN LAMAN WEB

Pada hari Jumaat 3 Rejab 1430 bersamaan 26 Jun 2009 telah berlangsung Majlis Pelancaran Projek P.A.D.A.M dan Laman Web Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Mukim Gadong 'A' Negara Brunei Darussalam. Majlis ini dikelolakan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Zon 11.

Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Serbini bin Haji Ali, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Hadir pada majlis itu juga ialah Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Yussop bin Bakar, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awg Haji Harris bin Othman, Penolong Pegawai Daerah, Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A', Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan penduduk-penduduk kampung.

Majlis diadakan di kawasan lapang Simpang 52 Jalan 39, RPN Kampung Rimba.

Ketibaan Tetamu Kehormat dialu-alukan oleh Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba dan Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah, Pengerusi Bahagian Keselamatan dan Kesihatan, Majlis Perundingan Kampung.


Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Metali, Ketua Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Kecil Zon 11, memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat.

Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung dan selaku pengerusi majlis menyampaikan ucapan alu-aluannya.



Sebahagian dari ahli-ahli jawatankuasa kerja majlis pelancaran.

Para jemputan dan penduduk-penduduk kampung.


Tetamu Kehormat Yang Mulia Dato Paduka Awg Haji Serbini bin Haji Ali sedang memberi ucapan.

Tetamu Kehormat sedang merasmikan pelancaran Projek P.A.D.A.M dengan menarik tirai pada logo Projek P.A.D.A.M.



Tetamu Kehormat sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang turut menjayakan majlis pada hari itu.




Tetamu Kehormat menerima cenderamata kenang-kenangan dari Ketua Kampung.



Penerangan cara-cara memadam api yang disampaikan oleh Pegawai Balai Awg Noozali bin Apong.




Pegawai Bomba dan Penyelamat menunjukkan memadam api minyak dengan menggunakan air. Jika berlaku kebakaran didapur (semasa memasak) jangan sekali-sekali memadam menggunakan air. Jika ini dilakukan api akan menjadi lebih besar.



Jadinya gunakan pemadam api yang bersesuaian.

Menyaksikan pameran.






Tetamu Kehormat merasmikan pelancaran laman Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.


Menyaksikan pameran Majlis Perundingan Kampung.


Bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat.

Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011