Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





RAMADAN KAREEM - Bahagian 2

Pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 menyaksikan tiga majlis bertedarus dan solat tarawih berasingan yang diadakan dikampung ini. Mula-mula majlis bertedarus diselajurkan dengan bertahlil dan membaca doa arwah dirumah Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK. Majlis bermula jam 4.00 petang.





Seterusnya solat Isya dan solat sunat tarawih diadakan dirumah Yang Mulia Awg Ahmad bin Mohd Said. Terdahulu dari itu disebelah Maghrib, belaiu mengadakan majlis membaca doa selamat khas untuk anak beliau, Dyg Izzah Farzanah @ Norafifah binti Ahmad yang akan melanjutkan pengajian peringkat 'A' Level di Brighton College, UK iaitu atas dermasiswa Supreme Commander's Scholar 2009.

Kearah itu kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Awg Ahmad bin Mohd Said dan anak beliau diatas penganugerahan dermasiswa tersebut dan mendoakan semoga Dyg Izzah Farzanah @ Norafifah akan sentiasa maju jaya dalam pelajaran.

Apa yang diharapkan, dengan kejayaan yang diperolehi oleh Dyg Izzah Farzanah @ Norafifah dalam akademik akan menjadi contoh yang baik kepada remaja dan belia yang lain dikampung ini.






Setelah itu acara berpindah kerumah Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba bagi majlis bertedarus.






Kembali Keatas


RAMADAN KAREEM - AKTIVITI MPK DIBULAN RAMADAN

GERAI AMAL RAMADAN
Seperti biasa apabila tiba bulan Ramadan berbagai aktiviti dan majlis diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba. Antara aktiviti yang menjadi projek tahunan MPK ialah menganjurkan Gerai Amal Ramadan.

Gerai Amal Ramadan ini dibukakan penyertaannya kepada penduduk-penduduk kampung di Kawasan 2 RPN Kampung Rimba. Selain untuk menjana perekonomian penduduk kampung projek ini juga memberi peluang kepada penduduk kampung untuk menyumbang kepada tabong anak-anak yatim dikampung ini iaitu melalui kutipan sewa petak gerai tersebut.


Pengundian petak sedang dijalankan.








BERTEDARUS KERUMAH-RUMAH


Projek bertedarus kerumah-rumah mula diadakan pada tahun 2002. Ianya mendapat sambutan yang sangat mengalakan daripada penduduk kampung.


BERTEDARUS DIRUMAH TUAN HAJI HAMDAN BIN SHAHBUDIN
23 OGOS 2009






Tuan Haji Hamdan (kanan).








BERTEDARUS DIRUMAH TUAN HAJI WAN RAMLI BIN WAN IBRAHIM

25 OGOS 2009



Tuan Haji Wan Ramli sedang memperdengarkan bacaannya.









Kembali Keatas


PROJEK P.A.D.A.M BAGI ZON 3 - RIMBA MAKMUR

16 OGOS 2009: Sebagaimana objektif yang telah digariskan didalam perlaksanaan Projek P.A.D.A.M iaitu untuk mengwujudkan kesedaran dan kewaspadaan masyarakat tentang pentingnya mengetahui langkah-langkah awal pencegahan kebakaran maka Jawatankuasa Kecil Zon 3 - Rimba Makmur Kawasan 2 RPN Kampung Rimba telah menganjurkan sesi ceramah mengenai mencegah dan memadam kebakaran dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Pegawai Balai Awg Noorzali bin Apong.

Projek P.A.D.A.M (Pencegahan Awal Dijadikan Amalan Masyarakat) telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negari pada 26 Jun 2009 yang lalu.

Ceramah tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakan dari penduduk-penduduk kampung di zon tersebut yang terdiri dari berbagai peringkat umur.

Turut hadir mendengarkan ceramah tersebut ialah Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji kabon Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba.

Ceramah diadakan dirumah Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya Setiausaha MPK.







































Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011