Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN BAGI ZON 6

JUMAAT - 6 MEI 2011 : Siri taklimat mencegah dan mengawal kebakaran di bawah Projek P.A.D.A.M kelolaan Biro Keselamatan dan Kesihatan, Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba di teruskan lagi kali ini ianya diadakan di Zon 6. Talimat diadakan dirumah Awg Haji Othman bin Haji Yusof, Pengerusi Belia Jawatankuasa Kecil Zon 6.

Seperti biasa menyampaikan taklimat dihari tersebut ialah Awg Noorzali bin Apong, Pegawai Balai, dari Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat. Beliau dibantu oleh Dyg Rozita binti Haji Mohd Kamis, Pegawai Balai, Awg Roslan bin Haji Lamat, Penolong Pegawai Balai dan Dyg Asmah binti Jolihi, Ahli Bomba Kanan Wanita.

Taklimat terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awg Ahmad bin Haji Mohd Said, Setiausaha Jawatankuasa Kecil Zon 6.

Turut menjayakan taklimat dihari tersebut ialah Syarikat Micro-Zie pembekal alat-alat pencegah dan mengawal kebakaran. Syarikat ini juga telah menaja alat-alat pemadam api bagi sesi pratikal.

Diakhir taklimat Setiausaha Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, penduduk-penduduk kampung (walaupun jumlah kehadiran sedikit mendukacitakan), Syarikat Micro-Zie dan ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Zon 6.

Sesi taklimat seterusnya, insya Allah, pada hari Jumaat, 27 Mei 2011, jam 3:00 petang bagi Zon 5.

Laporan dan gambar oleh: Setiausaha MPK.



Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • TAKLIMAT MENCEGAH DAN MENGAWAL KEBAKARAN ZON 4
  • HARI KETIGA KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
  • HARI KEDUA KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
  • KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
  • JADUAL AKTIVITI-AKTIVITI/PROJEK MPK BAGI TAHUN 2011
  • MESYUARAT PERTAMA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG 2011
  • LAWATAN MUHIBAH DAN SAMBIL BELAJAR
  • BENGKEL SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAN MAJLIS SAMBUT...
  • TAKBIR DARI RUMAH KERUMAH
  • BELIA BERDIKARI


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011