Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





BENGKEL SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAN MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1432

Hari Selesa, 14 Disember 2010 telah berlangsung dua acara berasingan iaitu disebelah pagi adalah lawatan ke Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba oleh Mr. Asaki Shoichi, Chief Researcher for Food Industry, Oita Industrial Research Institute. Beliau di iringi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Lawatan beliau serta rombongan ke Majlis-Majlis Perundingan Kampung yang terpilih diseluruh negara adalah sebahagian dari aktiviti dalam Bengkel Satu Kampung Satu Produk yang di kendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Antara tujuan bengkel ini ialah untuk mendapatkan nasihat pakar, cadangan dan pembaikan dalam mengembangkan inisiatif Satu Kampung Satu Produk.

Semasa lawatan Mr. Asaki ini, ahli-ahli MPK telah banyak mendapat beberapa pandangan dan nasihat yang sangat berguna bagi MPK Kawasan 2 RPN Kg Rimba untuk memajukan projek perekonomian melalui Projek Halaman Ku Kebun Kun - Penghasilan Buah Mangga dan penghasilan produk hiliran daripada buah mangga tersebut.

Selain daripada itu produk-produk lain juga mendapat perhatian beliau dimana semua produk tersebut memerlukan pembungkusan yang lebih sempurna, murah dan mempunyai logo yang menarik.

Laporan oleh: SU, MPK
Gambar oleh: Muhd Junidi HA


















Mr. Asaki Shoichi sangat bermurah hati menghadiahkan alat pengukur kadar gula dalam buah-buahan. Kata beliau di Jepun setiap petani memilik alat ini untuk mengetahui sama ada buah yang dipetik manis atau sebaliknya. Kadar gula yang sesuai yang ada pada buah-buahan semestinya mengandungi 12% atau lebih mengikut sukatan pada alat tersebut.



MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1432 DISELAJURKAN MEMBACA
DOA KESYUKURAN BAGI KEPULANGAN JEMAAH-JEMAAH HAJI

Acara sebelah malam pada hari tersebut ialah Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1432 dan diselajurkan Dengan Meraikan Kepulangan Jemaah-jemaah Haji dari Kawasan 2 RPN Kampung Rimba yang dikelolakan oleh Bahagian Agama MPK.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Awg Haji Abdul Kahar bin Haji Hussin, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masji, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam, dan isteri. Turut hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A' dan Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A'.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Jaafar bin Haji Hamdan.
Satu ceramah mengenai hijrah Nabi Muhammad s.a.w telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awg Muskrisman bin Haji Mustapa, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah.

Selepas ceramah majlis diteruskan dengan dikir asyaraqol yang sampaikan oleh kumpulan dikir Kawasan 2 RPN Kampung Rimba yang diketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Masli bin Haji Kahar.

Tetamu kehormat dan isteri dijemput menabur bunga rampai kepada jemaah-jemaah haji yang diraikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Fadilah bin Haji Mus.






















Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • TAKBIR DARI RUMAH KERUMAH
  • BELIA BERDIKARI
  • RAMADAN KAREEM 6
  • RAMADAN KAREEM 5
  • RAMADAN KAREEM 4
  • RAMADAN KAREEM 3
  • RAMADAN KAREEM 2
  • RAMADAN KAREEM - BERTEDARUS KERUMAH RUMAH
  • AKTIVITI MPK DI BULAN RAMADAN 1431H / 2010M
  • MENYERTAI PERADUAN BERCUCUL DAN PINTU GERBANG


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011