Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

SABTU-19 Mac 2011 : Sebagai salah satu aktiviti yang telah disusun bagi tahun 2011, Bahagian Belia dan Remaja, Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan Kursus Pertolongan Cemas dengan kerjasama Pusat Resussitasi Kebangsaan, Bahagian Perkembangan Sumber Tenaga Manusia, Kementerian Kesihatan. Selain dari mengisi masa lapang dimusim cuti penggel pertama persekolahan, kursus ini juga akan membantu mencorak dan membentuk belia dan remaja agar menjadi bertanggungjawab, berdisiplin, berpengetahuan dan berani apabila menghadapi saat-saat kecemasan. Kursus ini adalah sebahagian dari perlaksanaan Projek B.A.N.T.U (Belia Aset Negara dan Tunggak Negara) Majlis Perundingan Kampung.

Seramai 20 orang belia dari kampung ini telah mendaftar untuk menyertai kursus ini. Kursus ini akan diteruskan lagi dimusim cuti akan datang. Kursus ini diadakan selama tiga hari pada 19, 20 dan 21 Mac 2011.



Hadir melancar kursus ini ialah Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba. Turut hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Haji Malai Abdullah bin Malai Haji Othman, Setiausaha Komiti Resussitasi Kebangsaan, Yang Mulia Awg Erzam bin Hassan, Jururawat siapa yang juga selaku pengendali kursus, ahli-ahli Pusat Resussitasi Kebangsaan, Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK dan Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Baki, Bendahari MPK.


Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh salah seorang peserta iaitu Awg Abdul Wafiy bin Haji Abdul Rahman.



Seterusnya Yang Mulia Ketua Kampung memberikan ucapan dan seterusnya melancarkan kursus.

Turut memberi kata-kata nasihat kepada peserta kursus ialah Yang Mulia Haji Malai Abdullah bin Malai Haji Othman.


Yang Mulia Awg Erzam sedang memberi taklimat.




Peserta kursus sedang menjalani sesi amali resussitasi (CPR) secara berkumpulan.










Sesi ujian bertulis.


Sesi ujian amali.



Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • JADUAL AKTIVITI-AKTIVITI/PROJEK MPK BAGI TAHUN 2011
  • MESYUARAT PERTAMA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG 2011
  • LAWATAN MUHIBAH DAN SAMBIL BELAJAR
  • BENGKEL SATU KAMPUNG SATU PRODUK DAN MAJLIS SAMBUT...
  • TAKBIR DARI RUMAH KERUMAH
  • BELIA BERDIKARI
  • RAMADAN KAREEM 6
  • RAMADAN KAREEM 5
  • RAMADAN KAREEM 4
  • RAMADAN KAREEM 3


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011