Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM GADONG 'A'

Pada 14 Oktober 2009 Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' telah mengadakan mesyuarat bagi mendengar laporan kemajuan kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'A'. Mensyuarat telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A'. Turut hadir buat pertama kali setelah di perkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' ialah Yang Mulia Pengiran Adnan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail. Mesyuarat di adakan di sebuah retoran di Kiulap.

Mesyuarat bermula tepat jam 8.05 malam di dahului dengan bacaan surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh Yang Mulia Ustaz Haji Fidaus bin OKK Haji Nordin, Penolong Pengerusi MPM Gadong 'A'.

Antara agenda mesyuarat ialah mengesahkan minit mesyuarat yang di adakan pada 20 April 2009 yang lalu, mendengar laporan dari Ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Gadong 'A', membincangkan persediaan menerima kunjungan lawatan dari pegawai-pegawai penerangan Malaysia, penyampaian sijil lantikan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' dan mendengar amanat dan nasihat dari Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'.

Tiga orang ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba telah di lantikan menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' iaitu:

Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba di lantik selaku Pengerusi Aktiviti, Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK Kawasan 2 RPN Kampung Rimba dan Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Baki, Bendahari MPK Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, kedua-duanya dilantik selaku Ahli Jawatankuasa Biasa Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'.

Penyampaian sijil lantikkan di sempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Adnan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'.











Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT
  • TAKBIR KERUMAH-RUMAH
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 5
  • MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG D...
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 4
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 3
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 2
  • RAMADAN KAREEM - AKTIVITI MPK DIBULAN RAMADAN
  • PROJEK P.A.D.A.M BAGI ZON 3 - RIMBA MAKMUR


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011