Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM 1430H/2009M

AHAD, 6 SEPTEMBER 2009: Seperti mana ditahun-tahun yang lalu, pada tahun ini sekali lagi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba mengungkayahkan Majlis Bertahlil dan Membaca Doa Arwah Sekampung dan diselajurkan dengan Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim dengan usaha-sama Jawatankuasa Kecil Zon 3 – Rimba Makmur.

Majlis yang diadakan ini adalah merupakan projek tahunan Majlis Perundingan Kampung yang bertujuan untuk mengingati sanak-saudara yang telah terlebih dahulu kembali kerahmatullah dengan bertahlil dan membaca doa arwah. Perkara ini sayugia dilakukan oleh waris-waris mereka yang masih hidup. Untuk meringankan hasrat keluarga atau waris yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis secara persendirian maka dengan adanya majlis bertahlil dan membaca doa arwah sekampung ini sekurang-kurang akan dapat mengatasi hasrat mereka tersebut.

Dalam kesempatan untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda, maka peluang ini direbut sebaiknya oleh Majlis Perundingan Kampung dengan mengadakan majlis yang berkebajikan ini dengan menghulurkan sedikit sumbangan atau bantuan kepada anak-anak yatim yang tinggal di kawasan 2, 3 dan 5 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan dari penduduk-penduduk kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, dapat menceriakan dan meringankan bebanan keluarga mereka untuk menyambut hari raya aidil fitri yang akan menjelang nanti. Anak-anak yatim yang menerima sumbangan derma adalah seramai 42 orang.

Majlis ini memang disenghajakan diadakan di bulan Ramadan. Ini adalah mengambil tabarruk dari sabda Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam “Siapa yang mengundang orang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala orang berpuasa tidak dikurangi dari pahala itu barang sedikit pun”.

Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Awg Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah, Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis diadakan di Zon 3 – Rimba Makmur (Jalan 50 dan Jalan 51) iaitu di kawasan rumah Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya.

Majlis bermula jam 4.15 petang.


Gambar Oleh :

Yang Mulia Awg Mohd Junidi bin Haji Abdullah, Pengerusi Bahagian Perhubungan & Publisiti Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, dan

Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba.

PERSIAPAN AKHIR









KEMUNCAK MAJLIS


Jemputan-jemputan khas yang lain menunggu diruang khas untuk menantikan ketibaan tetamu kehormat.



Yang Mulia Awang Noozali bin Apong, Juruacara Majlis sibok meneliti skrip aturcara majlis.





Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia Awg Haji Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah, Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, di alu-alukan oleh Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, siapa yang juga selaku Pengerusi Bersama majlis, Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A' dan Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A'.





Anak-anak yatim yang diraikan.








Sebahagian daripada para jemputan.



Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir, Imam Surau Polis Gadong.


Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, selaku Pengerusi Bersama Majlis memberikan ucapan alu-aluannya.

Setelah itu di ikuti dengan ucapan Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awang Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah, Pengarah Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

Selesai ucapan Tetamu Kehormat, majlis diteruskan dengan bertahlil dan membaca doa arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir, Imam Surau Polis, Gadong.




Apa yang menarik perhatian mereka ini........


Teknisyen.... sedang memberi sepenuh perhatian kepada tugasnya.....

Apa yang di renung atu.......

PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM OLEH
TETAMU KEHORMAT





































Sebagai penghargaan dan terima kasih Pengerusi Bersama majlis Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tetamu Kehormat Yang Mulia Awg Haji Mohamad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah.
Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 4
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 3
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 2
  • RAMADAN KAREEM - AKTIVITI MPK DIBULAN RAMADAN
  • PROJEK P.A.D.A.M BAGI ZON 3 - RIMBA MAKMUR
  • SAMBUTAN NISFU SYAABAN
  • PERSIAPAN MENJELANG PERAYAAN
  • MAJLIS PELANCARAN PROJEK P.A.D.A.M DAN LAMAN WEB
  • TAKLIMAT / KURSUS MENCEGAH DAN MEMADAM KEBAKARAN
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOTA KINABALU SABAH


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011