Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOTA KINABALU SABAH

Pada 14 Jun hingga 17 Jun 2009, beberapa orang ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah menyertai rombongan Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' membuat lawatan sambil belajar ke Komuniti-Komuniti BESTARI Sabah. Turut serta dalam rombong tersebut ialah Yang Berhormat Awg Haji Bakar bin Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara sementara rombongan telah diketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A'.

Tujuan lawatan ialah untuk melihat dan mempelajari secara dekat mengenai cara-cara pengendalian produk-produk kampung. Selain dari itu lawatan ini juga bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan tali silturahim diantara rakyak kedua-kedua negara.
Tempat-tempat yang lawati adalah:
1. Komuniti BESTARI Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, Pusat Pembuatan Kraftangan
dari manik.
2. Komuniti BESTARI Kampung Mempakad Laut, Pitas, Perusahaan Memprose Ikan Bilis
(pusu).
3. Komuniti BESTARI Kampung Sinisian, Kundasang, Perkhidmatan Homestay.
4. Kinabalu Natural History Gallery
5. Desa Dairy Farm
6. Kundasang War Memorial
7. Gerai Sayur Pekan Kundasang
8. Tagal Air Tawar Kampung Luanti (massage fish)
9. Pejabat Daerah Ranau.


Bergambar ramai dihadapan Marina Court tempat penginapan.



Lawatan pertama ke Komuniti BESTARI Kampung Hubot, Matunggong, Kudat, Pusat Pembuatan kraftangan dari manik.


Asyek memilih dan membeli kraftangan untuk dibawa balik sebagai buah tangan.

Bergambar ramai bersama penduduk-penduduk setempat.

Lawatan seterusnya ialah ke Komuniti BESTARI Kampung Mempakad Laut, Pitas. Kami disambut oleh Encik Mohamad bin Bidin, Pengerusi Komuniti BESTARI Kampung Mempakad. Beliau juga adalah pengurus Restoran Pantai & Pelangi Bagang. Sedikit mengecewaan kami ialah kami tidak berkesempatan untuk melihat bagaimana ikan bilis (nya orang kitani pusu) diproses. Proses pembuatan pusu kering ini dilakukan bagang yang terletak ditengah laut.

Ikan pusu yang telah diproses dan siap untuk dijual.

Bergambar ramai bersama pengurus.

Lawatan seterusnya ialah ke Komuniti BESTARI Kampung Sinisian, Kundasang. Salah satu produk perekonomian kampung ini ialah perkhidmatan Homestay. Disini kami berpeluang untuk tinggal bersama keluarga angkat.

Kedatangan kami disambut oleh Encik Haji Azizan bin Haji Din Ketua Pengarah Penerangan Sabah dan ahli-ahli jawatankuasa Komuniti BESTARI Kampung Sinisian.

Kedatangan kami juga diserikan dengan tarian tradisi Negeri Sabah, Samazau.





Keadaan rumah Homestay.

Didaerah Kundasang ini kami sempat melawat kebeberapa tempat yang menarik antaranya Kinabalu Natural History Gallery.

Lawatan ke Desa Dairy Farm tempat memproses susu lembu segar.




Hmmm..... sedapnya susu segar.........!


Lawatan ke Kundasang War Memorial.


Persembahan kebudayaan - kumpulan kami mempersembahkan Dikir Brunei.

Mencuba sendiri alat-alat muzik yang diperbuat dari buloh. Alat muzik dicipta sendiri oleh keluarga angkat kami Encik Kowasin Watiman. Beliau telah menubuhkan kumpulan muzik diberi nama Kinabalu Merdu Sound yang bukan saja popular di Sabah, malah mereka pernah membuat persembahan di Jepun dan pada November 2008 di Bandar Seri Begawan.

Lawatan hari terakhir ialah ke Tagal Air Tawar Kampung Luanti. Disini terdapat tiga buah lubok yang mempunyai ikan yang sangat jinak dan boleh mengurut. Nama ikan tersebut ialah ikan Pelian. Kampung ini adalah salah satu tempat tarikkan pelancong dari dalam dan luar negeri. Untuk masuk ketempat ini untuk menikmati urutan dari ikan-ikan tersebut dikena bayaran yang tertentu.




Tempat terakhir lawatan kami ialah di Pejabat Daerah Ranau. Disini kami mendengar taklimat mengenai dengan pembangunan daerah Ranau yang disampaikan sendiri oleh Encik Siriman Basir, Pegawai Daerah Ranau.






















Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • PROJEK P.A.D.A.M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011