Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

SABTU - 17 Oktober 2009 : Serombongan terdiri dari empat orang dari Jabatan Penerangan Malaysia yang dalam rangka Program Kerjasama Dalam Bidang Penerangan Di Antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia: Program Pertukaran Pegawai telah membuat lawatan ke Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam selaku pegawai pengiring.

Ketibaan rombongan tersebut dialu-alukan oleh Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A', Ketua-Ketua Kampung di bawah Mukim Gadong 'A' serta beberapa orang ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung.


Laporan oleh : Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha MPK.
Gambar oleh: Mohd Junidi bin Haji Abadullah








Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba sedang memberikan ucapan alu-aluannya.



Taklimat mengenai aktiviti-aktiviti MPK melalui Program P.E.R.K.A.S.A di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya, Setiausaha Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba.





Beberapa orang ahli-ahli jawatankuasa yang hadir.

Dyg Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya dari Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam, selaku salah seorang pegawai pengiring, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Majlis Perundingan Kampung kerana telah berkesudian menerima delegasi dari Jabatan Penerangan Malaysia.

Dalam ucapan balasnya Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A', juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas pemilihan salah sebuah kampung di bawah Mukim Gadong 'A' sebagai salah satu destinasi dalam program lawatan delegasi dari Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia, khasnya Jabatan Penerangan Sabah kerana telah memberi layanan yang baik dan istemiwa semasa lawatan delegasi ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A' ke Sabah pada bulan Jun 2009 yang lalu.




Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A', menyampaikan cenderamata kenangan kepada para pelawat.



Tuan Haji Wan Manso bin Wan Abdullah menyampaikan cemderamata kenangan kepada Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Penghulu Mukim Gadong 'A'.



Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM GADONG 'A'
  • SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT
  • TAKBIR KERUMAH-RUMAH
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 5
  • MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG D...
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 4
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 3
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 2
  • RAMADAN KAREEM - AKTIVITI MPK DIBULAN RAMADAN


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011