Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





PERSEDIAAN KEARAH SATU KAMPUNG SATU PRODUK

JUMAAT – 13 NOVEMBER 2009 : Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan sesi taklimat teknologi pertanian kepada peserta-peserta yang menyertai Projek “Halaman Ku Kebun Ku”. Projek Halaman Ku Kebun Ku ini adalah insiatif Majlis Perundingan Kampung untuk menuju wawasan Satu Kampung Satu Produk yang telah disarankan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Projek Halaman Ku Kebun Ku adalah projek yang berasaskan pertanian iaitu penanaman mangga. Taklimat yang di adakan hari ini adalah untuk mempastikan projek ini berjaya dan dapat di jalankan dengan sempurna dan akhirnya nanti akan dapat menjana ekonomi penduduk-penduduk kampung dan Majlis Perundingan Kampung dengan hasil yang bermutu tinggi.

Para peserta projek di beri taklimat mengenai teknologi penanaman, penyakit tumbuhan, pemangkasan dan penggunaan baja dan racun. Taklimat di sampaikan dengan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian.


Sesi taklimat telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.



Untuk memberkati sesi taklimat surah Al-Fatihah dan doa selamat di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.



Taklimat teknologi pertanian di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Abu Bakar bin Haji Mat Yassin, Penolong Pegawai Pertanian.





Yang Mulia Awg Anapah bin Haji Bangkol salah seorang pegawai pertanian menyampaikan taklimat beliau mengenai persedian dan cara menyediakan campuran tanah dan baja.



Di akhir sesi taklimat salah seorang peserta projek mengemukakan beberapa pertanyaan.



Yang Mulia Awg Haji Kamis bin Haji Awg Besar, Penolong Pegawai Pertanian memberi penerangan dan tunjuk-cara membuat lobang dan menyampur baja dengan tanah sebelum menanam benih buah mangga.










Salah seorang pegawai pertanian menunjukkan cara-cara pemangkasan pokok mangga.




Cara-cara membaja.


Benih mangga yang akan di berikan secara percuma kepada para peserta projek HALAMAN KU KEBUN KU Fasa 1.

Laporan oleh : Setiausaha MPK

Gambar oleh : Awg Mohd Junidi HB & Setiausaha MPK

Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
  • MPK TEMPAT KETIGA PERADUAN BERCUCUL DAN PINTU GERBANG
  • LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEMENANJUNG MALAYSIA
  • LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
  • MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM GADONG 'A'
  • SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT
  • TAKBIR KERUMAH-RUMAH
  • SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H/2009M
  • RAMADAN KAREEM - Bahagian 5
  • MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG D...


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011