Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MESYUARAT KEDUA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG

Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan permesyuaratan bagi membincangkan Majlis Memperingati Israk Mikraj diselajurkan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan Penyampainan Derma Kepada Anak-Anak Yatim bagi tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi.

Mesyuarat seperti biasa dipengerusikan oleh Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung merangkap Pengerusi MPK.

Mesyuarat diadakan pada 20 Jun 2010 bertempat dirumah Yang Mulia Awg Haji Wan Ramli bin Wan Ibrahim iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 5 - Rimba Impian.
Pada tahun ini zon yang diamanahkan untuk mengendalikan majlis ini ialah Zon 5 - Rimba Impian. Alhamdulillah banyak perkara-perkara yang telah dibangkitkan mengenai persediaan untuk mengadakan majlis ini telah dapat dipersetujui antaranya:

1. Majlis akan diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rimba.

2. Tarikh mengadakan pada 27 Rejab 1431 bersamaan 10 Julai 2010 dan acara akan bermula pada jam 2.00 petang.

3. Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'.

4. Sumbangan bagi menyertai majlis tahlil adalah sebanyak $20.00 sahaja sementara itu derma bagi anak-anak yatim disumbangkan secara seangkat-angkat hati. Sumbangan dibuat melalui borang yang telah disediakan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Kampung.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Agama MPK.

Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011