Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





UCAPAN TAKZIAH


Ketua Kampung/Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil Zon-Zon melahirkan rasa sedih dan dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Awg Jabair bin Latip yang telah kembali kerahmatullah pada 19 Oktober 2011.

Allahyarham adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 9 (Jalan 26) RPN Kampung Rimba. Allahyarham sangat aktif membantu MPK dalam melaksanakan apa jua projek dan aktiviti MPK. Mudah-mudahan segala jasa baik dan sumbangan Allahyarham itu mendapat balasan yang setimpal dari Allah Ta'ala jua dan didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan ahli-ahli syurga.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin.

AL-FATIHAH
Kembali Keatas


MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA

Salah satu projek tahunan Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba yang telah diungkayahkan pada bulan Ramadan yang lalu ialah Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim. Majlis telah diadakan pada 4 Ramadan 1432 bersamaan 5 Ogos 2011. Majlis diadakan dirumah Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 9.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dimajlis itu ialah Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin Ahli Majlis Mesyuarat Negara siapa yang juga Penghulu Mukim Gadong 'A'. Turut hadir dimajlis itu ialah Yang Mulia Pengiran Haji Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah Penasihat II Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A", Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', anak-anak yatim yang diraikan, ahli-ahli jawatankuasa MPK dan Zon-Zon dan penduduk-penduduk kampung.

Seramai 58 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan derma. Derma dikutip dari penduduk-penduduk kampung dan sebahagian dari bayaran sewa Gerai Amal Ramadan. Dikesempatan ini Pengerusi/Ketua Kampung dan ahli-ahli jawatankuasa MPK tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para penderma.

Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Warith bin Haji Raini Imam Masjid UBD.

Laporan oleh: Setiausaha MPK
Gambar oleh: Muhd Junidi HA

















Kembali Keatas


BERTAKBIR KERUMAH RUMAH

Sepertimana biasa setiap tahun dimalam raya aidil fitri Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba mengadakan takbir raya kerumah-rumah dikawasan perumahan ini. Dibawah ini gambar yang sempat dirakam pada acara tersebut.

Laporan & gambar oleh: Setiausaha MPK.








Kembali Keatas


MAJLIS KHATAM AL-QURAN

RABU - 22 Ramadan 1432 bersamaan 24 Ogos 2011: Majlis bertedarus yang diadakan dari rumah kerumah yang dikelolakan oleh Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba telah sampai kekemuncaknya dengan majlis khatam Al Quran yang telah diadakan dikediaman Yang Mulia Pengiran Haji Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'. Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis tersebut ialah Yang Berhormat Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Gadong 'A'. Turut hadir dimajlis tersebut ialah Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A'.

Laporan oleh: Setiausaha MPK.
Gambar oleh: Awg Muhd Junidi HA, Pengerusi Bahagian Perhubungan & Publisiti MPK.










Kembali Keatas


ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHORMAT

ISNIN - 20 Ramadan 1432 bersamaan 22 Ogos 2011: Rombongan bertedarus dari kerumah rumah yang dikelolakan oleh Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba telah berkunjung kerumah Yang Berhormat Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin, Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Gadong 'A'. Rombongan bertedarus diketuai oleh Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba.

Laporan & gambar oleh: Setiausaha MPK.








Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011