Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





BELIA BERDIKARI

Belia-belia dari Zon 3 - RIMBA MAKMUR tidak ketinggalan mengambil peluang berniaga kecil-kecilan. Usaha mereka ini adalah sebagai langkah awal untuk menuju ke perniagaan yang lebih besar disatu masa nanti. Walaupun barang dagangan mereka dibuat secara sederhana namun ianya sudah cukup mendatangkan hasil yang lumayan. Antara jualan yang menjadi kegemaran pelangga ialah "Tongking Ayam".
Dari usaha yang telah menunjukkan hasil ini tidak mustahil belia-belia ini akan turut serta lagi dalam aktiviti perniagaan di Gerai Amal Ramadan ditahun hadapan, syabas....









Kembali Keatas


RAMADAN KAREEM 6

Majlis bertedarus kerumah rumah diteruskan dengan kunjungan kerumah Yang Mulia Awg Haji Abdul Rahman bin Haji Yahya pada hari Sabtu, 18 Ramadan 1431 bersamaan 28 Ogos 2010. Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat fardhu Isya berjemaah dan diikuti dengan solat sunat terawih dan witir. solat di imamkan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang.











MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BERTEDARUS KERUMAH-RUMAH ANJURAN BAHAGIAN AGAMA MPK
Majlis bertedarus kerumah rumah kelolaan Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba berakhir dengan majlis khatam Al-Quran yang diadakan pada hari Ahad, 19 Ramadan 1431 bersamaan 29 Ogos 2010 bertempat dirumah kediaman Yang Mulia Pengiran Haji Metali bin Pengiran Haji Petra. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba.
Majlis didahului dengan solat Isya, solat sunat terawih dan witir berjemaah yang di imamkan oleh Yang Mulia Awang Haji Zaman bin Haji Timbang. Majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim beramai-ramai.
Doa khatam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Zaman bin Haji Timbang. Selesai bacaan doa dikir Asroqal disampaikan oleh Kumpulan Dikir Kawasan 2 RPN Kampung Rimba diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Masli bin Haji Kahar. Majlis ditutup dengan bacaan doa selamat.

















Laporan dan gambar sekitar Ramadan Kareem disediakan oleh Setiausaha MPK.
"Hingga jumpa lagi di Ramadan Kareem ditahun hadapan, insha Allah....."
Kembali Keatas


RAMADAN KAREEM 5

Alhamdulillah, majlis bertedarus kerumah rumah kelolaan Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba diteruskan lagi, kali ini majlis diadakan dirumah Yang Mulia Awg Haji Wan Ramli bin Wan Ibrahim. Majlis diadakan pada hari Rabu 15 Ramadan 1431 bersamaan 25 Ogos 2010.

Yang Mulia Awg Haji Wan Ramli bin Wan Ibrahim.








Pada hari Khamis 16 Ramadan 1431 bersamaan 26 Ogos 2010 rombongan bertedarus kerumah rumah berkunjung kerumah Yang Mulia Awang Haji Tarif bin Haji Md Yassin.

Yang Mulia Awg Haji Tarif bin Haji Md Yassin.





Seterusnya pada hari Jumaat, 17 Ramadan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010 rombongan bertedarus kerumah rumah berkunjung kerumah Yang Mulia Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim.

Yang Mulia Pengiran Haji Ismail bin Pangiran Haji Ibrahim.




Kembali Keatas


RAMADAN KAREEM 4

Pada 10 Ramadan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010 majlis bertedarus kerumah rumah diadakan dirumah Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah.

Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah










Seterusnya pada 11 Ramadan 1431 bersamaan 22 Ogos 2010 rombongan bertedarus kerumah rumah berkunjung kerumah Yang Mulia Awg Haji Hashim bin Haji Safar.
Yang Mulia Awg Haji Hashim bin Haji Safar







Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011