Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Melayari Laman Web.....




PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT

AKTIVITI: P E R K A S A
Makluman Terkini

Komen/Pendapat





MENYERTAI PERADUAN BERCUCUL DAN PINTU GERBANG

Pada tahun ini sekali lagi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba menyertai pertandingan bercucul dan pintu gerbang sempena hari ulang tahun keputeraan ke 64 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Pembinaan gerbang diusahakan oleh Jawatankuasa Kecil Zon 5 - Rimba Impian dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa MPK dan ahli-ahli jawatankuasa zon-zon yang lain.





















PENGHAKIMAN SEDANG DIJALANKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR


Alhamdulillah, pada tahun ini penyertaan pertandingan bercucul sempena hari puja usia ke 64 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, penyertaan Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Mukim Gadong 'A' mendapat tempat ketiga. Tahniah.....
Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat, yang telah berkesudian memberikan dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan material dalam pembinaan gerbang ini sehingga kitani berjaya mendapat tempat ketiga.
Kembali Keatas


MAJLIS MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ, MEMBACA TAHLIL DAN DOA ARWAH SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM 1431H/2010M

SABTU - 10 JULAI 2010 : Bahagian Agama, Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil Zon 5 dan Zon 6, telah mengungkayahkan Majlis Memperingati Israk Mikraj diselajurkan dengan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah Sekampung dan Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim bagi tahun 1431 Hijrah / 2010 Masihi.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'. Tetamu Kehormat juga berkesudian untuk menyampaikan derma kepada kepada anak-anak yatim.
Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rimba, acara bermula jam 2.30 petang.
Laporan : Setiausaha MPK
Gambar : Mohd Junidi bin Haji Abdullah


Yang Mulia Awg Noorzali bin Apong juruacara yang tidak asing lagi sedang
menjalankan tugasnya dengan penuh didikasi dan sempurna.

Turut hadir dimajlis ini ialah Yang Mulia Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah Penasihat II Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Awg Haji Tahamit bin Haji Nudin Penghulu Mukim Gadong 'A', Yang Mulia Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A'.





Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh
Yang Mulia Awg Haji Ali Hassan bin Haji Ibrahim Ketua Hal Ehwal Agama
Jawatankuasa Kecil Zon 6.



Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon Ketua Kampung Kawasan 2
RPN Kampung Rimba selaku Pengerusi Bersama Majlis sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.


Satu ceramah mengenai pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam peristiwa
Israk Mikraj telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail
Penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah.


PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM
DISEMPURNAKAN OLEH TETAMU KEHORMAT MAJLIS
YANG MULIA PENGIRAN ADANAN BIN PENGIRAN SERI INDERA
PENGIRAN HAJI ISMAIL
PENASIHAT I MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM GADONG 'A'



































Penyampaian cenderamata kepada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Pengiran Adanan bin
Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail
Penasihat I Majlis Perundingan Mukim Gadong 'A'

Penyampaian cenderamata kepada Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail
Penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Yang Mulia Awg Haji Fadilah bin Haji Mus
Ketua Hal Ehwal Agama Jawatankuasa Kecil Zon 5 (Rimba Impian)









Kembali Keatas


Aktiviti yang lalu:
  • MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1433 DAN MERAIKAN KEP...
  • MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1432 DAN DOA...
  • PROGRAM BERTADARUS DILUAR BULAN RAMADAN
  • BERTAKBIR SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA
  • UCAPAN TAKZIAH
  • MAJLIS BERTAHLIL SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA
  • BERTAKBIR KERUMAH RUMAH
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
  • ROMBONGAN BERTEDARUS BERKUNJUNG KERUMAH YANG BERHO...
  • MAJLIS BERTEDARUS DARI RUMAH KERUMAH 1432H/2011M


  • Arkib
  • May 2009
  • June 2009
  • July 2009
  • August 2009
  • September 2009
  • October 2009
  • November 2009
  • December 2009
  • January 2010
  • February 2010
  • May 2010
  • June 2010
  • July 2010
  • August 2010
  • September 2010
  • December 2010
  • January 2011
  • March 2011
  • April 2011
  • May 2011
  • August 2011
  • October 2011
  • November 2011
  • December 2011