PENTADBIRAN KAMPUNG PROFIL KAMPUNG AKTIVITI KAMPUNG TERKINI RAKAN BLOG & LAMAN WEB KREDIT
AKTIVITI: ●P●
E●
R●
K●
A●
S●
A●
Makluman Terkini
Komen/Pendapat
WALKATON HIJRAH 1431
SABTU – 19 Disember 2009 : Bahagian Agama dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Sosial Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Mukim Gadong ‘A’ telah mengadakan acara walkaton hijrah sempena sambutan awal tahun hijrah 1431. Acara bemula dan berakhir di Simpang 5-6 Jalan 39 Perumahan Negara Kampung Rimba.
Hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba selaku Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2. Hadir pada acara itu juga ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong ‘A’.
Acara yang bermula pada pukul 7.00 pagi tersebut di mulakan dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama MPK. Setelah itu di ikuti dengan senaman memanaskan badan yang di ketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah, Pengerusi Bahagian Keselamatan & Kesihatan MPK.
MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1431 DAN MERAIKAN KEPULANGAN JEMAAH HAJI
KHAMIS - 17 Disember 2009 : Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan majlis sambutan awal tahun hijrah 1431 dan diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji dari kampung tersebut. Majlis ini adalah salah satu projek tahunan Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung.
Majlis pada malam tersebut telah di serikan dengan ceramah mengenai iktibar dan pengajaran yang terkandung didalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekkah ke Kota Madinah Al-Munawwarah. Dikir Asraqal disampaikan oleh belia-belia dikampung bagi meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji.
Majlis diadakan dirumah Pg Hj Ismail bin Pg Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 9.
Laporan oleh : Setiausaha MPK.
Gambar oleh : Mohd Junidi HA
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha @ Mohamad, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba iaitu Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.
Persembahan bacaan Al-Quran dibacakan oleh Yang Mulia Awg Haji Zidi bin Haji Wasli
Ceramah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dikir Ashraqol disampaikan oleh Kumpulan Dikir Ar-Razak dari
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.
Sebahagian jemaah haji yang diraikan.
Pengerusi majlis, Yang Mulia Awg Abdul Rahim bin Haji Abdul Latif menyampaikan cenreramata kepada tetamu kehormat, penceramah undangan dan Yang Mulia Awg Haji Zidi.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia
Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama
JUMAAT - 11 DISEMBER 2009 : Bahagian Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan satu projek yang di beri nama ‘HALAMAN KU KEBUN KU’ Projek Perekonomian Berasaskan Pertanian – Penanaman Mangga, iaitu sebagai menyahut saranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menuju kearah wawasan ‘Satu Kampung Satu Produk’.
Projek ini telah dilancarkan perasmiannya oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.
Laporan oleh : Setiausaha MPK
Gambar oleh : Mohd Junidi HA
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang di pimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir, Imam Surau Polis Diraja Brunei, Gadong.
Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir dimajlis pelancaran ini ialah Yang mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awg Mohd Jamil Al-Sufri, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Awg Haji Haris bin Haji Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Omar, Pegawai Pertanian Kanan.
Antara jemputan khas terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dibawah Mukim Gadong 'A' dan peserta-peserta projek.
Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Bahagian Ekonomi MPK selaku Pengerusi Bersama Majlis Pelancaran sedang memberikan ucapan alu-aluannya.
Sebahagian daripada peserta projek.
Yang Mulia Tetamu Kehormat memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran projek.
Tetamu Kehormat berkesudian menyampaikan benih-benih pokok mangga kepada para peserta projek.
Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba merangkap Pengerusi MPK sedang menyampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat.
Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan meneriama cenderamata sebagai penghargaan dari MPK diatas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan kearah menjayakan perlaksanaan Projek Halaman Ku Kebun Ku.
Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan menyerahkan sumbangan berupa Buku Panduan Buah-Buahan Brunei Darussalam untuk diagih-agihkan kepada peserta projek.
Sebagai tanda perasmian pelancaran Projek HALAMAN KU KEBUN KU Yang Mulia Tetamu Kehormat menanam sepohon pokok mangga jenis Chokanan.
Sebelum berangkat balik Yang Mulia Tetamu Kehormat menyaksikan pameran mengenai aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Kampung.
Yang Mulia Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli MPK dan ahli jawatankuasa majlis pelancaran.
Yang Mulia Tetamu Kehormat bersalaman dengan para hadirin sebelum berangkat balik.
Yang Mulia Ketua Kampung bergambar ramai bersama sebahagian peserta projek.
Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba
Tarikh Lantikan : 1 Oktober 2003
Memangku Kawasan 3 RPN Kampung Rimba
Memata-matai Kawasan 5 RPN Kampung Rimba
Alamat : No.1 Simpang 9 Jalan 35 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba
No. Telefon : +6732460350 (Rumah) +6738844265 (HP)
MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
PETIKAN TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
..."Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang ditubuhkan lebih tiga tahun lalu adalah menyeluruh untuk semua lapisan rakyat. Apabila disebut "perundingan" ia
adalah suatu manifestasi yang jelas mengenai bagaimana kita mengurus, mengatasi dan menghuraikan sebarang masalah secara berunding atau bermuafakat...."
..."Beta mengambil maklum bahawa Majlis-majlis Perundingan adalah ditubuhkan dan digerakkan dengan tiga tujuan. Pertama, untuk mengukuhkan keberkesanan
institusi Ketua Kampung dan Penghulu Mukim. Kedua, untuk memupuk semangat kewarga-negaraan yang baik. Dan ketiga, untuk merancang serta mengusahakan perkara-
perkara bagi kesejahteraan rakyak dan penduduk....."
Titah Di Majlis Perasmian Perhimpunan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Pada 26 Mei, 1996
Kearah itu Kawasan 2 RPN Kampung Rimba telah membentuk jawatankuasa MPK pada 28 Januari 2005 bagi sesi 2005 hingga 2007 dan pada 26 Safar 1428
bersamaan 16 Mac 2007 bagi sesi 2007 hingga 2012. Selain dari itu Majlis Perundingan Kampung telah bersetuju bagi kawasan 2 ini dibahagikan kepada 11 zon.
Pembahagian kepada 11 zon ini adalah untuk memudahkan lagi perjalanan pengurusan dimana kelompok-kelompok kecil ini akan mudah dikendalikan. Setiap zon
akan melantik jawatankuasa nya tersendiri yang diberi nama Jawatankuasa Kecil Zon (JKKZ) yang mana jawatankuasa ini dibawah kawalselian MPK. Dengan ada nya lantikan
ini ianya juga akan meramaikan lagi keterlibatan penduduk-penduduk kampung dalam mengurus dan melaksanakan apa jua aktiviti-aktiviti MPK.
Salah seorang penduduk kampung iaitu Awg Haji Wan Ramli bin Wan Ibrahim siapa yang juga pada masa ini dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil zon 5 -
Rimba Impian, telah memberi buah fikiran agar bahagian-bahagian dalam MPK dibentuk. Bahagian-bahagian yang dimaksudkan adalah yang terdapat pada akronim
PERKASA. Buah fikiran ini telah diterima sebulat suara oleh Majlis Perundingan Kampung. Pengertian huruf P = Perhubungan & Publisiti, E = Ekonomi, R = Remaja & Belia,
K= Keselamatan dan Kesihatan, A = Alam Sekitar, S = Sukan & Sosial dan A = Agama. Setiap bahagian mempunyai pengerusi dan timbalan pengerusi yang diserapkan dari
ahli-ahli biasa MPK. Pembahagian tugas ini adalah untuk memantapkan lagi struktur carta organisasi MPK agar ianya dapat melibatkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin
dari akar umbi. Setiap bahagian mempunyai aktiviti-aktiviti tersendiri. Apabila bahagian-bahagian tersebut mengadakan aktiviti atau projek maka dengan sendirinya ianya di
pengerusikan oleh pengerusi bahagian itu dan ahli-ahli jawatankuasa yang lain boleh dilantik dari kalangan AJK MPK (Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari) atau
AJK JKKZ atau penduduk kampung.
PERKASA telah menjadi tajuk penyertaan Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba dalam pertandingan AKC - Anugerah
Kampung Cemerlang kelolaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tajuk lengkap penyertaan AKC ialah : Meningkatkan Kesejahteraan Kampung Melalui Aktiviti-Aktiviti
Program P.E.R.K.A.S.A.
Sementara itu peranan Ahli Jawatankuasa Kecil Zon pula ialah menjadi tunggak dan harapan Ketua Kampung dan Majlis Perundingan Kampung untuk menjadi
penyelaras, penghubung, penyampai sebarang maklumat. JKKZ dibolehkan mengadakan sebarang aktiviti mengikut kemampuan masing-masing asalkan setiap aktiviti yang
dijalankan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Kampung atau MPK. Majlis Perundingan Kampung akan sentiasa menghulurkan sebarang bantuan dari segi menghadapkan
permohonan-permohonan melalui persuratan dan sebagainya.
AHLI-AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
YANG MULIA AWG HAJI ABDUL KAHAR BIN HAJI HUSSIN
PENGARAH HAL EHWAL MASJID
PENASIHAT MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
YANG MULIA AWG MOHAMAD BIN HAJI KABON
KETUA KAMPUNG KAWASAN 2 RPN KAMPUNG RIMBA
PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
YANG MULIA AWG ABDUL RAHIM BIN HAJI ABDUL LATIF
TIMBALAN PENGERUSI
YANG MULIA AWG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI YAHYA
SETIAUSAHA
YANG MULIA AWG HAJI HASHIM BIN HAJI SAFAR
PENOLONG SETIAUSAHA
YANG MULIA AWG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI BAKI
BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN-BAHAGIAN
YANG MULIA AWG JUNIDI BIN HAJI ABDULLAH
PENGERUSI
PERHUBUNGAN & PUBLISITI
YANG MULIA AWG SUHAIMI BIN HAJI IDRIS
TIMBILAN PENGERUSI
PERHUBUNGAN & PUBLISITI
YANG MULIA PENGIRAN OTHMAN BIN PENGIRAN KARIM
PENGERUSI
EKONOMI
YANG MULIA AWG AHMAD BIN TAHA
TIMBALAN PENGERUSI
EKONOMI
YANG MULIA AWG HAJI MOHD SANI BIN HAJI TIMBANG
PENGERUSI
REMAJA & BELIA
YANG MULIA AWG MATASSAN BIN YUSOF
TIMBILAN PENGERUSI
REMAJA & BELIA
YANG MULIA AWG HAJI SA'AT BIN HAJI DOLLAH
PENGERUSI
KESELAMATAN & KESIHATAN
YANG MULIA AWG MAHALI BIN HAJI TUAH
TIMBALAAN PENGERUSI
KESELAMATAN & KESIHATAN
YANG MULIA AWG HAJI ZAMAN BIN HAJI TIMBANG
PENGERUSI
AGAMA
YANG MULIA AWG HAJI HUSSIN BIN AWG YUSOF
TIMBALAN PENGERUSI
AGAMA
YANG MULIA AWG HAJI MASLI BIN HAJI KAHAR
PENGERUSI
SUKAN & SOSIAL
YANG MULIA PENGIRAN MATZIN BIN PENGIRAN DAUD
TIMBALAN PENGERUSI
SUKAN & SOSIAL
YANG MULIA AWG HAJI MOHD DAUD BIN HAJI CHE MAT
PENGERUSI
ALAM SEKITAR
YANG MULIA AWG ALIAS BIN HAJI TAHA
TIMBALAN PENGERUSI
ALAM SEKITAR
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KECIL ZON-ZON
ZON 1 - JALAN 39, SPG 102 & SPG 82
PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI BRAHIM BIN HAJI MOHAMAD
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI SOPIAN BIN HAJI TAHIR
SETIAUSAHA - YANG MULIA AWG SABLI BIN YUSSOF
BENDAHARI -
KETUA HAL EHWAL AGAMA -
KETUA HAL EHWAL SUKAN -
KETUA HAL EHWAL SOSIAL -
KETUA HAL EHWAL BELIA -
ZON 2 - JALAN 39, SPG 79 & SPG 79-36
PENYELARAS - YANG MULIA AWG MOHAIMIN BIN MOHAMED
PENGERUSI -
TIMBALAN PENGERUSI -
SETIAUSAHA -
BENDAHARI -
KETUA HAL EHWAL AGAMA -
KETUA HAL EHWAL SUKAN -
KETUA HAL EHWAL SOSIAL -
KETUA HAL EHWAL BELIA -
ZON 3 RIMBA MAKMUR - JALAN 50 & JALAN 51
PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI TARIF BIN HAJI MD YASSIN
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG JAYA BIN MD SALLEH
SETIAUSAHA - YANG MULIA AWG HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI MD ZAIN
BENDAHARI - YANG MULUA AWG JAYA BIN MD SALLEH
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI SU'UT BIN HAJI AHMAD
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA AWG MOHD IDRUS BIN HAJI IBRAHIM
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG DAUD BIN HAJI IRAHIM
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AWG ABDULLAH SANI BIN HAJI LAJI
ZON 4 - JALAN 39, SPG 5, SPG 5-6 & JALAN 42, SPG 6
PENYELARAS - YANG MULIA AWG YASSIN BIN HAJI AHMAD
PENYELARAS - YANG MULIA AWG AMAD BIN HAJI YASSIN
PENGERUSI -
TIMBALAN PENGERUSI -
SETIAUSAHA -
BENDAHARI -
KETUA HAL EHWAL AGAMA -
KETUA HAL EHWAL SUKAN -
KETUA HAL EHWAL SOSIAL -
KETUA HAL EHWAL BELIA -
ZON 5 RIMBA IMPIAN - JALAN 35, SPG 9 & JALAN 39
PENGERUSI - YANG MULIA HAJI WAN RAMLI BIN WAN IBRAHIM
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI MADON BIN HAJI IBRAHIM
SETIAUSAHA - YANG MULIA AWG HAJI MOHD JAAFAR BIN HAJI SHAHBUDIN
BENDAHARI - YANG MULIA AWG MASRI BIN ABDULLAH
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI FADILAH BIN HAJI MUS
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA AWG HAJI MAJIDI BIN HAJI GHANI
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG JAAFAR BIN ZABIDI
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AK MOHD SAIFULLAH BIN PG ABDULLAH
ZON 6 - JALAN 34 & JALAN 35, SPG 66, SPG 76
PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI MOHAMAD BIN HAJI SULAIMAN
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG SALLEHUDDIN BIN HAJI IBRAHIM
SETIAUSAHA - YANG MULIA AWG AHMAD BIN HAJI MOHD SAID
BENDAHARI - YANG MULIA PG HAJI HARIS BIN PG DURAMAN
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI HASSAN BIN HAJI IBRAHIM
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA PG HAJI ABU BAKAR BIN PG HAJI APONG
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG HAJI ABDUL LATIF BIN JUMAT
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AWG HAJI OTHMAN BIN HAJI YUSOF
ZON 7 RIMBA HILL - JALAN 31, SPG 20
PENYELARAS - YANG MULIA AWG ROSLI BIN HAJI NASIR
PENYELARAS - YANG MULIA AWG HAJI ABDUL MANAF BIN HAJI NAWI
PENGERUSI -
TIMBALAN PENGERUSI -
SETIAUSAHA -
BENDAHARI -
KETUA HAL EHWAL AGAMA -
KETUA HAL EHWAL SUKAN -
KETUA HAL EHWAL SOSIAL -
KETUA HAL EHWAL BELIA -
ZON 8 - JALAN 24, SPG 27, SPG 46, SPG 54
PENYELARAS - YANG MULIA AWG HAJI AHMAD BIN HAJI SHARI
PENYELARAS - YANG MULIA PG ALIUDDIN BIN PG HAJI DAMIT
PENGERUSI -
TIMBALAN PENGERUSI -
SETIAUSAHA -
BENDAHARI -
KETUA HAL EHWAL AGAMA -
KETUA HAL EHWAL SUKAN -
KETUA HAL EHWAL SOSIAL -
KETUA HAL EHWAL BELIA -
ZON 9 - JALAN 26, SPG 10, SPG 21, SPG 38
PENGERUSI - YANG MULIA PG HAJI ISMAIL BIN PG HAJI IBRAHIM
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG JABAIR BIN LATIP
SETIAUSAHA - YANG MULIA PG HAJI SULAIMAN BIN PG HAJI TUAH
BENDAHARI - YANG MULIA AWG HAJI JAPAR BIN DURAMAN
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI MATAIMBIN AHMAD
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA AWG MOKTAL BIN HAJI AWG DAMIT
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG MOHAMAD BIN HAJI JAAFAR
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AWG HAMDANI BIN HAJI TENGAH
ZON 10 - JALAN 39, SPG 36, SPG 36-10
PENGERUSI - YANG MULIA AWG MORSHIDI BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA PG MAS JUANDA BIN PG HAJI MATASAN
SETIAUSAHA - YANG MULIA PG NASIP BIN PG AHMAD
BENDAHARI - YANG MULIA AWG KHO LOI SENG
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI AHMAD BIN HAJI TENGAH
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA AWG HAMZAH BIN CHUCHU
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG MOHD ISA BIN HAJI IBRAHIM
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AWG AMIN BIN HAJI TASSIM
ZON 11 - JALAN 39, SPG 52 & JALAN 42
PENGERUSI - YANG MULIA AWG NOORZALI BIN APONG
TIMBALAN PENGERUSI - YANG MULIA AWG HAJI ALI JA'AFAR BIN HAJI AHMAD
SETIAUSAHA - YANG MULIA AWG SUHAIMI BIN HAJI MUHAMMAD
BENDAHARI - YANG MULIA PG HAJI PETRA BIN PG HAJI AHMAD
KETUA HAL EHWAL AGAMA - YANG MULIA AWG HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI METALI
KETUA HAL EHWAL SUKAN - YANG MULIA AWG OMAR BIN NASIR
KETUA HAL EHWAL SOSIAL - YANG MULIA AWG MOHAMAD @ ABD RAHMAN BIN HAJI DAMIT
KETUA HAL EHWAL BELIA - YANG MULIA AWG HAMDAN BIN HAJI IBRAHIM
Gambar dari satalit menunjukkan Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba adalah satu kawasan perumahan baru yang telah dimajukan sejah tahun 1996. Pembangunan kawasan
perumahan ini adalah termasuk dalam Rancangan Kemajuan Negara yang mana matlamatnya adalah untuk menyediakan tempat tinggal atau perumahan sendiri secara
subsidi kepada rakyat dengan alam persekitaran yang selesa.
Kawasan 2 RPN Kampung Rimba ini mempunyai 134 lot tanah (pemohon disediakan lot tanah dan pembinaan rumah ditanggong sendiri) dan 418 rumah dengan
keramaian penduduk 5000 orang. Kemudahan asas yang terdapat dikawasan perumahan ini adalah seperti bakalan air, letrik, telefon, jalan raya, sistem pembuangan
sampah yang teratur, gerai aneka ria, gedung membeli belah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sementara kemudahan-kemudahan lain masih dalam perancangan
pembinaannya seperti dewan serbaguna, masjid, balai polis dan balai bomba.
Balai Bomba dan Penyelamat
Sistem pembuangan sampah yang teratur
Gerai Aneka Ria
Salah sebuah gedung membeli-belah
Salah sebuah sekolah rendah yang terdapat dikawasan RPN
Sekolah Menengah Rimba
Perjalanan dari Kawasan 2 RPN Kampung Rimba ke pusat bandar ialah kira-kira 11 km dan ke pusat pengajian tertinggi yang menjadi kebanggaan iaitu Universti Brunei
Darussalam (UBD) ialah 4.5 km.
SABTU – 19 Disember 2009 : Bahagian Agama dengan kerjasama Bahagian Sukan dan Sosial Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba, Mukim Gadong ‘A’ telah mengadakan acara walkaton hijrah sempena sambutan awal tahun hijrah 1431. Acara bemula dan berakhir di Simpang 5-6 Jalan 39 Perumahan Negara Kampung Rimba.
Hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba selaku Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2. Hadir pada acara itu juga ialah Yang Mulia Pengiran Adanan bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Penasihat Majlis Perundingan Mukim Gadong ‘A’.
Acara yang bermula pada pukul 7.00 pagi tersebut di mulakan dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama MPK. Setelah itu di ikuti dengan senaman memanaskan badan yang di ketuai oleh Yang Mulia Awg Haji Sa'at bin Haji Dollah, Pengerusi Bahagian Keselamatan & Kesihatan MPK.
MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1431 DAN MERAIKAN KEPULANGAN JEMAAH HAJI
KHAMIS - 17 Disember 2009 : Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengadakan majlis sambutan awal tahun hijrah 1431 dan diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji dari kampung tersebut. Majlis ini adalah salah satu projek tahunan Bahagian Agama Majlis Perundingan Kampung.
Majlis pada malam tersebut telah di serikan dengan ceramah mengenai iktibar dan pengajaran yang terkandung didalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekkah ke Kota Madinah Al-Munawwarah. Dikir Asraqal disampaikan oleh belia-belia dikampung bagi meraikan kepulangan jemaah-jemaah haji.
Majlis diadakan dirumah Pg Hj Ismail bin Pg Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 9.
Laporan oleh : Setiausaha MPK.
Gambar oleh : Mohd Junidi HA
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Awg Adanan bin Taha @ Mohamad, Ketua Kampung Kawasan 1 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba iaitu Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.
Persembahan bacaan Al-Quran dibacakan oleh Yang Mulia Awg Haji Zidi bin Haji Wasli
Ceramah telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim, Pegawai Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dikir Ashraqol disampaikan oleh Kumpulan Dikir Ar-Razak dari
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba.
Sebahagian jemaah haji yang diraikan.
Pengerusi majlis, Yang Mulia Awg Abdul Rahim bin Haji Abdul Latif menyampaikan cenreramata kepada tetamu kehormat, penceramah undangan dan Yang Mulia Awg Haji Zidi.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang di sampaikan oleh Yang Mulia
Awg Haji Zaman bin Haji Timbang, Pengerusi Bahagian Agama
JUMAAT - 11 DISEMBER 2009 : Bahagian Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah mengungkayahkan satu projek yang di beri nama ‘HALAMAN KU KEBUN KU’ Projek Perekonomian Berasaskan Pertanian – Penanaman Mangga, iaitu sebagai menyahut saranan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menuju kearah wawasan ‘Satu Kampung Satu Produk’.
Projek ini telah dilancarkan perasmiannya oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.
Laporan oleh : Setiausaha MPK
Gambar oleh : Mohd Junidi HA
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa yang di pimpin oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir, Imam Surau Polis Diraja Brunei, Gadong.
Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Pengiran Hajah Mariana binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir dimajlis pelancaran ini ialah Yang mulia Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awg Mohd Jamil Al-Sufri, Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Yang Mulia Awg Haji Haris bin Haji Othman, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pengiran Mariam binti Pengiran Haji Omar, Pegawai Pertanian Kanan.
Antara jemputan khas terdiri dari Ketua-Ketua Kampung dibawah Mukim Gadong 'A', pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dibawah Mukim Gadong 'A' dan peserta-peserta projek.
Yang Mulia Pengiran Othman bin Pengiran Karim, Pengerusi Bahagian Ekonomi MPK selaku Pengerusi Bersama Majlis Pelancaran sedang memberikan ucapan alu-aluannya.
Sebahagian daripada peserta projek.
Yang Mulia Tetamu Kehormat memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran projek.
Tetamu Kehormat berkesudian menyampaikan benih-benih pokok mangga kepada para peserta projek.
Yang Mulia Awg Mohamad bin Haji Kabon, Ketua Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba merangkap Pengerusi MPK sedang menyampaikan cenderamata kepada Tetamu Kehormat.
Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan meneriama cenderamata sebagai penghargaan dari MPK diatas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan kearah menjayakan perlaksanaan Projek Halaman Ku Kebun Ku.
Yang Mulia Pengarah Pertanian dan Agrimakanan menyerahkan sumbangan berupa Buku Panduan Buah-Buahan Brunei Darussalam untuk diagih-agihkan kepada peserta projek.
Sebagai tanda perasmian pelancaran Projek HALAMAN KU KEBUN KU Yang Mulia Tetamu Kehormat menanam sepohon pokok mangga jenis Chokanan.
Sebelum berangkat balik Yang Mulia Tetamu Kehormat menyaksikan pameran mengenai aktiviti-aktiviti Majlis Perundingan Kampung.
Yang Mulia Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama ahli-ahli MPK dan ahli jawatankuasa majlis pelancaran.
Yang Mulia Tetamu Kehormat bersalaman dengan para hadirin sebelum berangkat balik.
Yang Mulia Ketua Kampung bergambar ramai bersama sebahagian peserta projek.
Penyibaran maklumat melalui pendekatan media massa, persuratan dan kain rentang.
Blog Majlis Perundingan Kampung akan dilancarkan pada 26 Jun 2009.
Sebagaimana yang telah dihasratkan Bahagian Perhubungan dan Publisiti telah berupaya melaksanakan programnya dengan pembinaan laman web Majlis Perundingan
Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba. Pelancaran laman web tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awg Haji Serbini bin Haji Ali,
Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, semasa Majlis Pelancaran Projek P.A.D.A.M dan Laman Web yang telah diadakan pada hari Jumaat, 3 Rejab 1430
bersamaan 26 Jun 2009.
Mudah-mudahan dengan terbinanya laman web ini dapatlah Majlis Perundingan Kampung memperigakan apa jua aktiviti-aktiviti, perancangan dan makluman kepada
penduduk-penduduk Kawasan 2 RPN Kampung Rimba khasnya dan kepada masyarakat umum didalam dan diluar negeri.
Projek ini merupakan cetusan ilham dari Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Kampung Rimba, Yang Mulia Awang Mohamad bin Haji Kabon dan dibincangkan bersama
dengan AJK MPK pada 5 Disember 2007.
Timbulnya ilham ini adalah dari saranan yang telah buat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji
Adanan bin Begawan Pehin SiRaja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof, yang menginginkan setiap MPM/MPK berusaha untuk mempertingkatkan ekonomi masing-
masing melalui projek SATU KAMPUNG SATU PRODUK.
KAJIAN
Hampir 85% penduduk kampung dikawasan perumahan ini menanam dua atau lebih berbagai jenis pokok mangga dihalaman rumah mereka.
RASIONAL PROJEK HKKK
Memandangkan terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul; terutamanya untuk mendapatkan sebidang tanah yang bersesuaian dan untuk mendapatkan pekerja
kebun/ladang secara penuh masa, maka satu pendekatan telah diambil, iaitu dengan menjadikan setiap halaman rumah/lot tanah dikawasan perumahan ini sebagai kebun-
mikro. Walaupun ia merupakan kebun-mikro tetapi apabila dicantumkan ianya akan menjadi satu kebun/ladang yang besar.
Projek HALAMAN KU KEBUN KU merupakan satu titik kecil jika dipandang secara dekat. Akan tetapi jika kita pandang dari jauh ianya akan mencerminkan satu projek yang
LEBIH besar yang akan menuju sasaran SATU KAMPUNG SATU PRODUK.
Projek ini mempunyai serampang dua mata iaitu ianya akan menjana perekonomian dua belah pihak; penduduk kampung dan MPK.
Pada 9 Februari 2008 serombongan pegawai dan kakitangan dari Unit Kemajuan Pertanian Dearah Brunei Muara Jabatan Pertanian telah melakukan lawatan ke Kawasan 2
RPN Kampung Rimba untuk memberi sedikit talimat dan penerangan serta mengambil maklumat tentang keadaan atau kawasan projek seperti mengambil contoh-contoh
tanah.
Sesi taklimat dan perbincangan dirumah Ketua Kampung.
Pengambilan contoh-contoh tanah. Tujuan pengambilan contoh tanah ini adalah untuk mengetahui kandungan zat tanah sama ada ianya sesuai untuk tanaman buah
mangga.
Pada 24 Mac 2008 Ahli-ahli jawatankuasa MPK telah diundang untuk mendengar taklimat lanjut di Unit Kemajuan Pertanian Daerah Brunei Muara, Jalan Mulaut-Limpaki.
Antara taklimat yang diberikan ialah:
1.Teknologi Penanaman
2.Penyakit Tumbuhan
3.Pemangkasan
4.Penggunaan Racun
STRATEGI PERLAKSANAAN
1.Memohon kerjasama dari Jabatan Pertanian, Kementerian Perindustrian dan Sumber- Sumber Utama bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai projek yang
dicadangkan seperti penyediaan benih mangga, baja, tanah (top soil) dan mengendalikan kursus penanaman dan pemeliharaan.
2.Pemberitahuan mengenai projek kepada penduduk-penduduk melalui surat pembertahuan.
3.Penduduk-penduduk kampung yang ingin turut serta dalam projek ini akan didaftarkan.
4.Projek akan dilaksanankan secara berperingkat-peringkat iaitu mengikut zon-zon yang akan ditentukan kemudian.
5.Penduduk-penduduk kampung yang telah didaftar untuk mengikuti projek ini akan diberi kursus mengenai dengan tata-cara penanaman pokok mangga dan
pemeliharaannya oleh pihak Jabatan Pertanian.
6.Peserta-peserta projek akan bertanggungjawab diatas tanaman mereka.
7.Hasil tanaman akan dikutip oleh satu jawatankuasa yang akan dibentuk kemudian.
8.Pemasaran hasil akan dibuat kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli produk dari projek ini dengan mengikat perjanjian yang tertentu.
9.Hasil keuntungan akan dibahagi dua diantara peserta projek dengan MPK.
Bahagian ini akan berusaha untuk membentuk remaja dan belia di kampung ini agar mereka akan menjadi bangsa yang bertanggungjawab terhadap kesinambungan
budaya bangsa dari segi rohani dan jasmani dengan mengikuti kumpulan-kumpulan atau program-program yang bermanfaat seperti menyertai kumpulan hadrah, sukan,
gotong-royong dan sebagainya.
Bahagian Keselamatan dan kesihatan akan berusaha untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai aspek-aspek keselamatan dirumah dan kampung.
Perancangan telah dibuat bagi mengadakan bulan Keselamatan dan Kesihatan (Health and Safety Month) yang mengandungi aktiviti-aktviti berikut:
• Kursus asas pertolongan cemas
• Kursus asas mencegah kebakaran
• Kempen pemeriksaan kesihatan dan menderma darah
• Ceramah BKN
• Ceramah Perhubungan Awam Polis
• Promosi Takaful
Projek P.A.D.A.M adalah projek sulong Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2
Racangan Perumahan Negara Kampung Rimba.
Projek ini dikelolakan bersama oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Majlis Perundingan Kampung dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
P.A.D.A.M memberi pengertian:
Pencegahan Awal Dijadikan Amalan Masyarakat
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memberikan kesadaran kepada penduduk di Kawasan 2 RPN
Kampung Rimba akan peri-mustahaknya kewaspadaan dan langkah-langkah pencegahan kebakaran bagi setiap penghuni rumah.
Selain dari itu projek ini juga memberi dokongan kepada misi Jabatan Bomba dan Penyelamat kearah mengurangkan dan
mengawal kejadian kebakaran dan kerjasama menjaga dan memelihara keselamatan masyarakat dalam aspek pencegahan
kebakaran melalui pendidikan awam.
Objektif
1. Mengwujudkan kesedaran dan kewaspadaan masyarakat akan pentingnya pencegahan kebakaran di setiap rumah.
2. Memberikan pengetahuan asas dan langkah-langkah awal pencegahan kebakaran.
3. Memberikan pengetahuan dan kemahiran asas memadam kebakaran.
4. Memberikan pengalaman dan keyakinan diri akan tatacara bertindak semasa kecemasan dan kebakaran.
Projek ini akan dilaksanakan melalui tiga fasa:
1. Fasa I - bagi ahli jawatankuasa MPK, ahki Jawatankuasa kecil Zon dan
Penyelaras Zon.
2. Fasa II - bagi ketua keluarga, surirumah dan pembantu rumah.
3. Fasa III - bagi remaja dan belia.
Pelancaran projek ini telah diadakan pada hari Jumaat, 3 Rejab 1430 bersamaan 26 Jun 2009 disempurnakan oleh Yang Mulia
Dato Paduka Awang Haji Serbini bin Haji Ali, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Fasa I dalam Projek P.A.D.A.M telah diadakan pada hari Jumaat, 19 Jun 2009.
Isu alam sekitar telah menjadi satu perkara yang penting pada masa ini. Seperti mana dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari puja usia yang ke 62 disinggahsana telah menyentuh mengenai isu kebersihan alam sekitar.
Kearah itu Majlis Perundingan Kampung telah berjaya mengungkayahkan projek MAWAR.
MAWAR membawa erti :
M = menjaga, memelihara dan mencantikkan
A = alam sekitar sebagai
W = wawasan dan
A = amalan
R = rakyat dan penduduk Kawasan 2 RPN Kampung Rimba
• Mewujudkan sikap bertanggungjawab serta bekerjasama dalam menjaga dan memelihara tahap kebersihaan dan kecantikan kawasan dan alam sekitar kampung.
• Memupuk kesedaran akan pentingnya kebersihan demi menghindarkan sebarang pencemaran dan penyakit.
• Mengeratkan perpaduan dan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat (komuniti) kampung melalui akitibiti kebajikan.
• Sebagai landasan pemimpin-pemimpin kampung kearah membimbing dan mendorong penglibatan masyarakat khususnya belia-belia dalam budaya bergotong-royong
sekaligus menyokong akitibiti-aktibiti kampung.
Projek MAWAR ini di ilhamkan setelah Kawasan 2 RPN Kampung Rimba di isytiharkan sebagai kampung bersih bahagian darat sempena perayaan hari puja usia ke 61
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
Projek ini dilaksanakan secara berterus mengikut fasa-fasa yang telah ditentukan. Alhamdulillah fasa pertama iaitu kempen kebersihan, telah pun selesai dilaksanakan
mengikut jadual. Kempen kebersihan dilaksanakan dengan mengikut pembahagian zon yang telah ditentukan di Kawasan 2 ini.
Pelancaran projek MAWAR telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Awg Haji Mohd Zain bin Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan pada 6
April 2008, di Zon 4.
Seminggu selepas pelancaran projek MAWAR Ketua Kampung diundang oleh pihak RTB bagi memberikan penerangan lebih lanjut lagi mengenai projek ini.
KEMPEN KEBERSIHAN DISETIAP ZON
ZON 1 PADA 20 APRIL 2008
ZON 2 PADA 4 MEI 2008
ZON 3 RIMBA MAKMUR PADA 18 MEI 2008
ZON 5 PADA 8 JUN 2008
ZON 6 PADA 8 JUN 2008
ZON 7 PADA 13 & 20 APRIL 2008
ZON 8 PADA 26 OKTOBER 2008
ZON 9 PADA 21 DISEMBER 2008
ZON 10 PADA 29 JUN 2008
ZON 11 PADA 17 OGOS 2008
FAEDAH YANG DIDAPATI MELALUI KEMPEN
1. Sebelum mengadakan kempen setiap zon akan bermesyuarat bagi membincangkan persiapan untuk kempen.
2. Dapat menjana budaya gotong-royong dikalangan penduduk kampung terutamanya melibatkan para belia.
3. Bersatu-padu membawa berkat.
4. Menjana budaya bersih dan dapat memperlihatkan keindahan dan kebersihan kampung.
5. Dari projek ini didapat bahawa terdapatnya kerosakan-kerosakan longkang dan sistem aliran longkang tidak memberi fungsi yang memuaskan, yang mana pihak yang
berkenaan akan dimaklumkan untuk dibuat pembaikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia Awg Haji Wan Ramli bin Wan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Zon 1 - Rimba Impian,
penyumbang kertas kerja Projek MAWAR.
Sebagai mana dimaklumi bahawa kegiatan sukan tidak kurang pentingnya untuk diamalkan oleh setiap individu. Keadaan seseorang yang sihat dari segi fizikal dan
mental akan membawa kepada kesejahteraan rakyat dan penduduk dinegara ini. Majlis Perundingan Kampung Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba
tidak ketinggalan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan. Antara aktiviti-aktiviti sukan yang telah diadakan adalah seperti berikut:
ACARA WALKATON AMAL 2006
ACARA WALKATON CARA HIDUP SIHAT 2007
ACARA WALKATON AMAL 2008
Menganjurkan Perlawanan Sepak Takraw Terbuka Seluruh Daerah 2007
SOSIAL
Kegiatan sosial tidak ketinggalan di ketengahkan melalui aktiviti-aktiviti penyertaan kemasyaratan, budaya dan kenegaraan.
Antaranya menyertai peraduan pintu gerbang sempena sambutan puja usia ke 61 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan
Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2007
Menyertai peraduan pintu gerbang sempena sambutan puja usia ke 62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei
Darussalam bagi tahun 2008
Memenangi tempat pertama di pertandingan pintu gerbang kategori mukim dan kampung 2008.
Menjadi tuan rumah bagi penaikan bendera kebangsaan sempena hari puja usia ke 62 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan
Negara Brunei Darussalam.
PERSIAPAN & LATIHAN
HARI KEMUNCAK
Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba mempunyai kumpulan hadrah yang ditubuhkan pada tahun 2002. Kumpulan sering diundang untuk
menyerikan majlis perkahwinan, menyambut para pelancong, dan sebagainya.
Kegiatan keagamaan telah bermula sebelum lagi perlantikan Ketua Kampung dikawasan ini. Oleh kerana kawasan perumahan ini belum mempunyai masjid, maka
aktiviti-aktiviti keagamaan diadakan dirumah-rumah anak buah kampung atas inisiatif Yang Mulia Awg Haji Zaman bin Haji Timbang dan beberapa orang penduduk kampung
yang sangat prihatin untuk mengembangkan syiar agama islam dengan menubuhkan kumpulan dikir, mengadakan kelas mengaji muqaddam dan al-quran bagi orang dewasa
dan kanak-kanak. Kelas muqaddam dan al-quran ini bermula sejak tahun 2002.
Setelah perlantikan Ketua Kampung di Kawasan 2 ini, kegiatan-kegiatan keagamaan semakin rancak diadakan. Apa tah lagi penubuhan MPK telah menguatkan lagi
aktiviti-aktiviti keagamaan dengan lebih terancang dan teratur.
Antara kegiatan-kegiatan keagamaan tersebut ada lah seperti berikut:
PROJEK PENANDAAN HALA KIBLAT FASA 1 PADA 13 RABIULAWAL 1426 / 22 APRIL 2005
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DISELAJURKAN DENGAN MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA
BERTADARUS KERUMAH-RUMAH DIBULAN RAMADAN 1427 / 2006.
MAJLIS PERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG 1428 / 2007
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DISELAJURKAN DENGAN MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMPENA
BERTADARUS KERUMAH-RUMAH DIBULAN RAMADAN 1428 / 2007.
MAJLIS PERTAHLIL DAN MEMBACA DOA ARWAH SEKAMPUNG DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM 1429 /
2008
MEMBACA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH
DIKIR MAULUD KERUMAH-RUMAH
MENYERTAI PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA MAULID NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI
WASALLAM
BERTADARUS KERUMAH-RUMAH DIBULAN RAMADAN
BERTAKBIR KERUMAH-RUMAH DIMALAM 1 SYAWAL HARI RAYA AIDIL FITRI
MENYERTAI PERTANDINGAN DIKIR
KELAS IQRA BAGI DEWASA
KELAS AL-QURAN BAGI DEWASA
UJIAN TILAWAH AL-QURAN BAGI PELAJAR-PELAJAR DEWASA